Migrasi AnsaraPay 2.0
Pengguna Ansarapay 1.0 perlu mendaftar semula bagi mendapatkan akses ke AnsaraPay 2.0 yang akan digunakan nanti.
Selain dari Aplikasi Mobile AnsaraPay 2.0, setiap pengguna baru AnsaraPay 2.0 akan menerima Kad Pintar yang boleh di gunakan di mana-mana perniagaan yang mempunyai kemudahan AnsaraPay Merchant. Sila lihat Pendaftaran Pengguna untuk mendaftar berdasarkan kategori anda.
Maklumat Lanjut Daftar MigrasiMengenai Kami
Ansara Malaysia kini telah mengambil sikap proaktif agar tidak lagi terlepas peluang untuk mengesan setiap pelajar ketika di MRSM. Penglibatan bakal ahli Ansara Malaysia seawal hari pendaftaran di MRSM dapat mempastikan pendedahan seawal mungkin para pelajar terhadap Ansara Malaysia
- Bagi setiap pendaftaran, anda akan menerima Kad AnsaraPay khas yang boleh digunakan di seluruh MRSM yang terlibat.
- Transaksi lebih selamat, mudah dan laju berbanding wang kertas.
- Semua transaksi direkod di laman sesawang. Anda boleh memerhatikan rekod transaksi anak-anak anda!
- Dapat menikmati tawaran-tawaran e-payment yang disediakan di pelbagai cawangan seluruh Malaysia.
Servis
Revolusikan Transaksi Tanpa Tunai
Aplikasi Mobil
Pengguna boleh membayar melalui telefon pintar di mana jua.
Kad Pintar
Medium pembayaran Dalam Talian & Luar Talian. Efisyen dan Mudah.
Gerbang Pembayaran
Menerima pembayaran dan pembelian di mana jua.
Aplikasi Merchant
Aplikasi mobil buat peniaga yang membolehkan mereka menerima bayaran melalui Kad AnsaraPay
Pendaftaran Pengguna
Pengguna Baru Perlu Mendaftar Untuk Kali Pertama.
Manakala Pengguna AnsaraPay 1.0 Perlu Mendaftar Semula.
IBUBAPA/PENJAGA
- Pendaftaran khas untuk ibubapa/penjaga yang juga akan menerima Kad AnsaraPay
Produk
Kad Ansarapay AnasMARA
Kad pintar yang diprogramkan khas untuk penggunaan secara online dan offline.Kad ini, hanya untuk ahli Ansara yang berdaftar, boleh digunakan di mana-mana perniagaan yang mempunyai kemudahan AnsaraPay Merchant (lihat di bawah, AnsaraPay Merchant).
Kad juga boleh digunakan di kafe dan koperasi dalam semua kampus MRSM.
Kad AnsaraPay ini juga menjadi identiti dan pengenalan kepada ahli-ahli Ansara yang berdaftar
Kad AnsaraPay Youth
Kad boleh digunakan untuk pelbagai urusan harian dalam MRSM dari memantau kedatangan sehingga jual beli.Kad AnsaraPay Junior boleh digunakan di mana-mana perniagaan yang mempunyai kemudahan AnsaraPay Merchant dan juga boleh digunakan sebagai identiti pelajar.
Ciri kad pintar yang digunakan telah membolehkan kad yang sama digunakan untuk mencatat kedatangan, kawalan keluar dan masuk kampus serta akses kepada kemudahan-kemudahan dalam MRSM.
Aplikasi AnsaraPay Mobile
AnsaraPay Mobile adalah aplikasi “eMoney” yang memudahkan pembayaran melalui mobile.Ianya adalah aplikasi dua dalam satu dengan kemudahan tambahan untuk menggunakan fungsi QR Scan untuk membuat pembayaran.
AnsaraPay Merchants
Terbuka kepada semua perniagaan milik umum dan ahli-ahli Ansara.Aplikasi mobile buat peniaga yang membolehkan mereka menerima bayaran melalui Kad AnsaraPay.
Semua pemegang kad AnsaraPay dapat menggunakan kad mereka untuk membuat pembayaran di AnsaraPay Merchant.
Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan/masalah teknikal anda hadapi, anda boleh menghubungi alamat dan nombor talian tertera.
Pejabat Urusan
Lot 3.35 Bangunan Mara,
Jalan Raja Laut,
50350, Kuala Lumpur.
Waktu Operasi
Waktu Bekerja
Isnin - Jumaat : 9am - 5pm