AnsaraPay 2.0

Dengan AnsaraPay 2.0, anda mampu mengawal perbelanjaan di hujung jari di mana jua menggunakan aplikasi dan kad pintar AnsaraPay.


Daftar sekarang

Migrasi AnsaraPay 2.0

AnsaraPay 2.0 akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2023 dengan menggantikan AnsaraPay 1.0 yang di guna pakai sekarang.

Pengguna Ansarapay 1.0 perlu mendaftar semula bagi mendapatkan akses ke AnsaraPay 2.0 yang akan digunakan nanti.

Selain dari Aplikasi Mobile AnsaraPay 2.0, setiap pengguna baru AnsaraPay 2.0 akan menerima Kad Pintar yang boleh di gunakan di mana-mana perniagaan yang mempunyai kemudahan AnsaraPay Merchant. Sila lihat Pendaftaran Pengguna untuk mendaftar berdasarkan kategori anda.

Maklumat Lanjut Daftar Migrasi

Mengenai Kami

Program ini bertujuan untuk mengesan semua individu yang menjadi modal insan negara supaya dapat kembali berbakti kepada bangsa, ugama dan negara.

Ansara Malaysia kini telah mengambil sikap proaktif agar tidak lagi terlepas peluang untuk mengesan setiap pelajar ketika di MRSM. Penglibatan bakal ahli Ansara Malaysia seawal hari pendaftaran di MRSM dapat mempastikan pendedahan seawal mungkin para pelajar terhadap Ansara Malaysia

Faedah Kad AnsaraPay
  • Bagi setiap pendaftaran, anda akan menerima Kad AnsaraPay khas yang boleh digunakan di seluruh MRSM yang terlibat.
  • Transaksi lebih selamat, mudah dan laju berbanding wang kertas.
  • Semua transaksi direkod di laman sesawang. Anda boleh memerhatikan rekod transaksi anak-anak anda!
  • Dapat menikmati tawaran-tawaran e-payment yang disediakan di pelbagai cawangan seluruh Malaysia.

Servis

Revolusikan Transaksi Tanpa Tunai

Aplikasi Mobil

Pengguna boleh membayar melalui telefon pintar di mana jua.

Kad Pintar

Medium pembayaran Dalam Talian & Luar Talian. Efisyen dan Mudah.

Gerbang Pembayaran

Menerima pembayaran dan pembelian di mana jua.

Aplikasi Merchant

Aplikasi mobil buat peniaga yang membolehkan mereka menerima bayaran melalui Kad AnsaraPay

Pendaftaran Pengguna

Pengguna Baru Perlu Mendaftar Untuk Kali Pertama.

Manakala Pengguna AnsaraPay 1.0 Perlu Mendaftar Semula.

MIGRASI

  • Pendaftaran semula untuk tujuan migrasi pengguna AnsaraPay 1.0 (Pelajar)

PELAJAR

  • Kad yang memberikan pelbagai faedah buat penuntut MRSM dan IPT

IBUBAPA/PENJAGA

  • Pendaftaran khas untuk ibubapa/penjaga yang juga akan menerima Kad AnsaraPay

SAHABAT MARA

  • Kad pintar yang disediakan untuk semua bekas pelajar MARA

STAF

  • Kad pintar yang disediakan untuk semua Staf MARA

Produk

Kad Ansarapay AnasMARA

Kad pintar yang diprogramkan khas untuk penggunaan secara online dan offline.

Kad ini, hanya untuk ahli Ansara yang berdaftar, boleh digunakan di mana-mana perniagaan yang mempunyai kemudahan AnsaraPay Merchant (lihat di bawah, AnsaraPay Merchant).

Kad juga boleh digunakan di kafe dan koperasi dalam semua kampus MRSM.

Kad AnsaraPay ini juga menjadi identiti dan pengenalan kepada ahli-ahli Ansara yang berdaftar




Kad AnsaraPay Youth

Kad boleh digunakan untuk pelbagai urusan harian dalam MRSM dari memantau kedatangan sehingga jual beli.

Kad AnsaraPay Junior boleh digunakan di mana-mana perniagaan yang mempunyai kemudahan AnsaraPay Merchant dan juga boleh digunakan sebagai identiti pelajar.

Ciri kad pintar yang digunakan telah membolehkan kad yang sama digunakan untuk mencatat kedatangan, kawalan keluar dan masuk kampus serta akses kepada kemudahan-kemudahan dalam MRSM.



Aplikasi AnsaraPay Mobile

AnsaraPay Mobile adalah aplikasi “eMoney” yang memudahkan pembayaran melalui mobile.

Ianya adalah aplikasi dua dalam satu dengan kemudahan tambahan untuk menggunakan fungsi QR Scan untuk membuat pembayaran.




AnsaraPay Merchants

Terbuka kepada semua perniagaan milik umum dan ahli-ahli Ansara.

Aplikasi mobile buat peniaga yang membolehkan mereka menerima bayaran melalui Kad AnsaraPay.

Semua pemegang kad AnsaraPay dapat menggunakan kad mereka untuk membuat pembayaran di AnsaraPay Merchant.

Hubungi Kami

Sebarang pertanyaan/masalah teknikal anda hadapi, anda boleh menghubungi alamat dan nombor talian tertera.

Pejabat Urusan

Lot 3.35 Bangunan Mara,
Jalan Raja Laut,
50350, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi

Waktu Bekerja
Isnin - Jumaat : 9am - 5pm