Tentang AnsaraPay

Tanpa Kos Tambahan! Dari Bil Bulanan Hingga Ke Sedekah Jariah
Daftar Sekarang!

Ringkasan Sejarah AnsaraPay

Satu demi satu innovasi oleh pimpinan ANSARA dengan sokongan padu dari semua ahlinya.

  • untuk memudahkan semua ahli,
  • untuk menyatukan semua ahli,
  • untuk memayungi semua ahli.

Aktiviti sosial ahli-ahli Ansara untuk masyarakat sekitar tidak kurang juga hebatnya.

Banjir di Kuala Krai, helikopter digunakan untuk menghantar bantuan.

Kempen derma darah seluruh negara yang dinaungi oleh Tun, paling cemerlang!

Anjur sukan, 8000 penyertaan dari seluruh negara!

Kos penganjuran pun hebat juga!

Penyatuan ahli, pengumpulan ahli dan pembiayaan aktiviti sosial menjadi issue utama pimpinan Ansara. (Tang duit-duit ni, memang pening!)

Dato’ Dr. Hj Khusairi Bin Hj Wahijan atau dikenali dengan panggilan DKW (MRSM KB/PC 1982, atau lebih popular dengan WATTOP), telah mengilhamkan dan mengusahakan satu pakej yang berpotensi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi.

1hb July 2018, serentak dengan pelancaran aturan Financial Exchange Framework oleh Bank Negara,

ANSARA, diketuai oleh DKW sebagai team khas Ansara, turut sama memulakan dan memanfaatkan electronic money atau eMoney.

Tarikh tersebut juga bermulanya perjalanan AnsaraPay.

Hari ini, AnsaraPay akan dilancarkan secara rasmi dan membuka sayapnya untuk semua ahli Ansara diseluruh dunia.

Bukan itu saja, AnsaraPay juga telah dimanfaatkan di MRSM, buat pertama kalinya di MRSM Balik Pulau.

Esok, AnsaraPay akan berada dalam smartphone semua ahli, AnsaraPay akan digunakan oleh semua pelajar MRSM di seluruh negara.

Passive income yang dijana dari semua aktiviti AnsaraPay mampu membantu Ansara memantapkan lagi aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan negara.